Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga 5 petang ini. Foto hiasan Envato

Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga 5 petang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 April: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Keadaan sama turut diramal melanda Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang) serta Sarawak membabitkan Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Belaga), Miri dan Limbang.

Selain itu, di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan