Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Surau Darussyakirin, Kampung Assyakirin Bintulu. Foto Sufri Affendi (TVS)

Abang Johari teruskan berjarah raya di Bintulu

BySalasiah Safian

BINTULU, 6 Apr: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini meneruskan berjarah raya di Bahagian Bintulu selepas berkunjung ke kediaman Timbalan Menteri Wanita, Keluarga, Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Rosey Yunus di Miri.

Beliau memenuhi undangan Ramah Tamah Aidilfitri 2025 anjuran Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) pada sebelah pagi.

Selesai majlis ramah tamah Aidilfitri tersebut, Abang Johari merasmikan Surau Darussyakirin, Kampung Assyakirin Bintulu dan menunaikan solat Zohor di surau tersebut.

Surau Darussyakirin dapat memuatkan seramai 1,000 jemaah yang dilengkapi dengan ruang belajar, papan hitam dan kemudahan lain.

Pada sebelah petang pula, Abang Johari hadir ke Majlis Penamaan Nama Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman, Bintulu dan Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri PERYATIM 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan