Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga Belanda maut ketika menyertai aktiviti meneroka secara berkumpulan di Gua Kepayang, Trail Keniam-Terenggan,Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, semalam. Foto APM Jerantut

Warga Belanda maut ketika meneroka Gua Kepayang

ByBernama

KUANTAN, 5 April: Seorang wanita warga Belanda maut ketika menyertai aktiviti meneroka secara berkumpulan di Gua Kepayang, Trail Keniam-Terenggan,Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Razam Taja Rahim berkata mangsa, Pommelien Catharina Maria Meijs, 33, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas enam jam memulakan aktiviti tersebut bersama 16 individu lain dari pelbagai negara termasuk pemandu pelancong.

Beliau berkata pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Tahan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Tahan dan polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan kecemasan kira-kira 7 pagi.

“Pasukan SAR mengambil masa tiga hingga ke empat jam untuk sampai ke lokasi. Bagaimanapun, operasi membawa mangsa keluar tidak dapat dapat diteruskan kerana trek berlumpur, licin dan cuaca tidak mengizinkan selain bentuk muka bumi yang berbukit-bukau.

“Operasi SAR terpaksa dihentikan sekitar 6 petang dan disambung hari ini menggunakan helikopter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan SAR membuat pembersihan kawasan seluas 9.1 meter x 9.1 meter persegi untuk persediaan mengangkat mangsa di lokasi tersebut bagi dibawa ke Padang FA Jerantut.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis Jerantut pada 11.26 pagi dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) untuk proses bedah siasat,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan