Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau akan memberikan lanjutan 75 hari tambahan kepada ByteDance untuk menjual aplikasi perkongsian video popular TikTok kepada syarikat bukan milik China atau berdepan risiko diharamkan di AS. Foto AFP

Trump lanjutkan tarikh akhir larangan TikTok

ByBernama

WASHINGTON, 4 April: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau akan memberikan lanjutan 75 hari tambahan kepada ByteDance untuk menjual aplikasi perkongsian video popular TikTok kepada syarikat bukan milik China atau berdepan risiko diharamkan di AS.

“Pentadbiran saya telah bekerja keras dalam Perjanjian bagi MENYELAMATKAN TIKTOK, dan kami telah mencapai kemajuan besar,” kata Trump dalam catatan di Truth Social, menurut agensi berita Xinhua

“Perjanjian ini memerlukan lebih banyak usaha bagi memastikan semua kelulusan yang diperlukan ditandatangani, sebab itulah saya menandatangani Perintah Eksekutif untuk memastikan TikTok terus beroperasi untuk 75 hari tambahan,” katanya.

“Kami berharap dapat terus bekerjasama secara jujur dengan China,” tambah beliau.

Trump, yang memegang jawatan presiden pada 20 Jan lepas, sebelum ini telah menandatangani perintah eksekutif untuk menangguhkan larangan terhadap TikTok selama 75 hari “bagi memberi peluang kepada pentadbirannya menentukan langkah yang sesuai berhubung TikTok.”

Pelanjutan itu dijadualkan tamat pada 5 April.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan