Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Perasmian Kick-Off Sambutan Minggu Perpaduan 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat. Foto Kementerian Perpaduan Negara (FB)

SMP peringatan perpaduan asas perpaduan negara

ByWilly Jali

AYER KEROH, 5 Mac: Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2025 bukan sekadar satu acara tetapi peringatan perpaduan sebagai asas perpaduan negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Malaysia dibina atas dasar semangat muafakat, saling menghormati dan keadilan antara kaum.

“Kejayaan kita selama ini dalam membangunkan sebuah negara yang stabil dan makmur adalah hasil daripada kerjasama dan kesepakatan semua rakyat tanpa mengira latar belakang, budaya serta agama.

“Semoga semangat perpaduan yang kita semai bersama akan terus berkembang dan memberi manfaat yang besar kepada negara dan generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Majlis Perasmian Kick-Off SMP 2025 merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka tersebut dirasmikan oleh Aaron pada Jumaat.

Mengangkat tema Harmoni Dalam Kepelbagaian,  Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan program tersebut turut diserikan dengan pelbagai pengisian interaktif.

“Antara acara yang diadakan iaitu,’Unity Fun Walk’, Pertandingan Mewarna Berkeluarga-Raya MADANI serta pertandingan dondang sayang dan keroncong.

“Selain itu, pertandingan sukan rakyat perpaduan, pameran Rumah KAMI (rumah etnik), persembahan silang budaya, pertandingan karakter perpaduan, pertandingan kerabu UNITI Jiran Wanita, Jualan Rahmah serta pameran daripada jabatan serta agensi kerajaan,” menurut kenyataan tersebut.

Selepas Melaka, siri jelajah SMP 2025 akan ke Kedah pada 17 hingga 19 April, Kelantan (8 hingga 10 Mei), Pahang (9 hingga ll Mei), Johor (16 hingga 18 Mei), Perlis (14 hingga 15 Jun) dan Terengganu (19 hingga 21 Jun).

la kemudian diteruskan ke Sabah (28 hingga 29 Jun), Pulau Pinang (16 hingga 20 Julai), Sarawak (25 hingga 27 Julai), Negeri Sembilan (2 hingga 3 Ogos), Kuala Lumpur (8 hingga 10 Ogos), Labuan (16 hingga 17 Ogos), Selangor (22 hingga 24 Ogos), Putrajaya (12 hingga 14 September) dan Perak (26 hingga 28 September).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan