Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee semasa berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Sibu pada Jumaat. Foto Steward Dawi (TVS)

Rumah khas untuk pasangan muda di Teku

BySteward Dawi

SIBU, 5 April: Peruntukan peringkat awal diluluskan Kerajaan Sarawak untuk merancang dan merangka pelan pembinaan perumahan pasangan muda di kawasan Teku.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, perumahan itu khas untuk pasangan yang baru berkahwin.

“Saya sendiri memohon kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk melaksanakan projek ini secepatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Premier Sarawak yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Sibu pada Jumaat.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menjelaskan, kawasan perumahan merupakan satu keperluan penting bagi masyarakat di wilayah ini.

“Kerajaan Sarawak sedang membangunkan Bandar Baru Kemuyang dan sebanyak 800 rumah akan dibina di kawasan ini yang dilengkapi pelbagai kemudahan terkini,” ujarnya.

Menurutnya, ini termasuk membina sebuah masjid untuk kegunaan beribadah, padang bola sepak dan hoki sintetik yang pertama di wilayah tengah Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan