Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata menerima kunjungan hormat daripada Kapolda Kalbar Indonesia, Irjen Pol. Pipit Rismanto. Foto Polis Sarawak

Perangi jenayah rentas sempadan

KUCHING, 5 April: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata menerima kunjungan hormat daripada Kapolda Kalbar Indonesia, Irjen Pol. Pipit Rismanto di Bilik Tetamu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Menurut kenyaan Polis Sarawak, kunjungan hormat tersebut bertujuan mengukuhkan jalinan hubungan dua hala dan silaturahim yang terjalin antara PDRM Sarawak dan Kapolda Kalbar Indonesia.

“Pertemuan ini turut membincangkan tentang isu keselamatan dan bertukar pandangan serta pendapat berkenaan isu semasa secara tidak langsung.

“Ini terutamanya berkenaan sempadan dan isu berkaitan jenayah rentas sempadan melibatkan kedua-dua negara,” menurut kenyataan tersebut.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lim San Aik, Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mohd Taufik Toh Abdullah dan Ketua-Ketua Jabatan IPK Sarawak serta Deligasi Kapolda Kalbar Indonesia.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan