Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zamri Samion (dua, kanan) melakukan pemeriksaan data Ops HRA Aidilfitri 2025 di Plaza Tol Kuala Terengganu hari ini. Foto Bernama

OP HRA 2025: JPJ Terengganu keluar 3,337 saman

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 5 April:  Sebanyak 3,337 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam tempoh 11 hari pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025.

Pengarahnya Zamri Samion berkata sejak operasi bermula 24 Mac, sebanyak 15,995 kenderaan termasuk kereta, motosikal, kenderaan e-hailing, teksi, kereta sewa dan kenderaan perdagangan diperiksa di seluruh negeri.

Beliau berkata antara kesalahan tertinggi dikesan ialah tiada lesen memandu kompeten (CDL), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan cermin gelap.

“Kesalahan lain termasuk tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu di lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar.

“Selain itu kita turut menyita 47 kenderaan termasuk 39 motosikal, enam kereta dan bakinya lain-lain kenderaan persendirian,” katanya pada sidang media Op HRA 2025 di Plaza Tol Kuala Terengganu (Gemuruh) di sini hari ini.

Zamri berkata JPJ Terengganu turut memeriksa 454 bas ekspres di tujuh depoh seluruh negeri pada 17 hingga 23 Mac lepas, dan mendapati satu kesalahan membabitkan pemandu bas di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang positif dadah.

Zamri berkata pihaknya terus melaksanakan penguatkuasaan termasuk perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan selepas perayaan selama dua hari bermula hari ini, bagi memastikan pematuhan peraturan dan undang-undang lalu lintas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan