Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Datuk Dr Hazland Abang Hipni ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya, hari ini. Foto TVS

Mawilla 4 di Goebilt bakal tempatkan 1,000 pegawai, anggota

ByAsmah Adenan

KUCHING, 5 Apr: Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) yang dijangka dibina di Kampung Goebilt kini dalam proses perbincangan lanjut.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, seluas 28 ekar, markas tersebut mengambil masa tiga tahun untuk dibangunkan.

Malah menurutnya, markas tersebut akan menempatkan kira-kira 1,000 pegawai dan anggota.

“Sepatutnya, markas wilayah laut ini dibina di Bintulu tetapi oleh kerana keadaan di Bintulu tidak begitu sesuai, jadi mereka mencari kawasan baharu dan kawasan Muara Tebas adalah merupakan kawasan strategik dan sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dilaporkan berkata, tapak tersebut dilihat mempunyai kedalaman 14 meter dan sesuai sebagai pusat transit aset TLDM sehingga 200 meter panjang termasuk kapal selam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan