Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto,AFP.

Masa tidak menentu: Singapura, Malaysia dan negara jiran ASEAN akan perkukuh kerjasama – PM Wong

ByBernama

SINGAPURA, 4 April: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong mengadakan perbincangan melalui telefon pada Jumaat bagi membincangkan perkembangan penting di rantau ini, termasuk tarif terbaharu Amerika Syarikat.

Kedua-dua pemimpin juga berbincang mengenai situasi kemanusiaan di Myanmar susulan gempa bumi yang melanda negara ASEAN itu minggu lepas.

“Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia dan rakan-rakan ASEAN lain untuk memperdalam integrasi ekonomi serantau dan terus terlibat secara konstruktif dengan rakan dagang global,” kata Wong dalam satu hantaran di Facebook.

Wong, yang juga Menteri Kewangan Singapura berkata dalam keadaan tidak menentu ini, kerjasama dan solidariti antara Singapura, Malaysia dan negara jiran ASEAN lain adalah lebih penting berbanding sebelum ini.

Beliau turut menyampaikan ucapan Salam Aidilfitri kepada Anwar semasa panggilan itu berlangsung.

“Saya menantikan perbincangan secara bersemuka apabila kami bertemu sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur bulan depan,” katanya. – TVS

Tags: ASEAN, PMX, tarif

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan