Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas diiringi oleh Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu semasa Program Ziarah Hari Raya Aidilfitri di Kampung Spaoh. Foto TVS

Kerajaan sedia kaji tambah feri di Batang Paloh sempena Hari Gawai – Douglas

SPAOH, 5 April: Kerajaan Sarawak bersedia untuk meneliti sama ada terdapat keperluan untuk menambah perkhidmatan feri di Batang Paloh menjelang perayaan Hari Gawai yang akan datang tidak lama lagi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, buat masa ini telah terdapat tiga buah feri ditempatkan di Batang Paloh untuk kemudahan orang ramai yang ingin pulang bagi menyambut perayaan Hari Raya.

“Untuk Batang Paloh sebenarnya kita telah tambah kepada tiga buah feri sebelum ini iaitu ketika perayaan Hari Raya.

“Kesesakan yang berlaku ketika menjelang sambutan Hari Raya sebelum ini saya rasa adalah disebabkan peningkatan jumlah kenderaan kerana Jambatan Batang Rajang telah siap, kita sedia untuk menilai mengikut keadaan sama ada terdapat keperluan untuk menambah lagi jumlah feri di situ pada Hari Gawai kelak,” katanya ketika ditemui selepas Program Ziarah Hari Raya Aidilfitri di Kampung Spaoh pada Sabtu.

Sebelum ini, telah menyaksikan kesesakan diluar jangkaan berlaku di pengkalan feri Batang Paloh pada ketika menjelang sambutan Hari Raya sehingga menyaksikan barisan kenderaan beratur sepanjang lima kilometer.

Lebih teruk, ia mengakibatkan pengguna di laluan tersebut terpaksa menunggu sehingga enam jam seperti dilaporkan sebelum ini untuk menyeberangi Sungai Batang Paloh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan