Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan kenamaan lain menyambut kedatangan tetamu pada Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di sebuah hotel terkemuka di Lawas hari ini. Foto: TVS.

Kepelbagaian perayaan dirai di Sarawak kukuhkan perpaduan – Awang Tengah

LAWAS, 5 April: Kepelbagaian perayaan yang disambut sepanjang tahun oleh rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak merupakan pengukuh perpaduan seluruh rakyat negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penglibatan kaum berbeza latar belakang dan agama dalam perayaan satu-satu kaum melambangkan persaudaraan seluruh masyarakat Sarawak yang berbagai kaum, agama dan budaya.

“Budaya bagi kita di Sarawak ini apabila kita mengadakan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Gawai Dayak, Tahun Baru Cina ia adalah merupakan perayaan seolah-olah perayaan semua kaum.

“Kita lihat perayaan Hari Raya pada kali ini di Lawas ini seperti biasa mereka yang datang ada dengan tarian singanya dan hari ini kita saksikan dengan tarian Orang Ulu dari suku kaum Orang Ulu daripada kawasan Baram dan ada juga daripada Belaga. Ini akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan toleransi,” katanya kepada media ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Premier Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Lawas hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Digital, Datuk Uggak Kumbong, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.

Awang Tengah optimis melalui perpaduan, keharmonian dan toleransi antara kaum dan agama mampu mengerak pembangunan seluruh kawasan di Sarawak yang amat luas dengan lebih sempurna.

Katanya, melalui kesepakatan seluruh rakyat Sarawak akan dapat mengukuhkan kerajaan sedia ada untuk mengerakkan seluruh usaha ke arah meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan