Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi bergambar bersama penerima anak buluh sempena Majlis Penyerahan Anak Buluh Sumbangan PUSAKA di Kampung Nyiru Grait, Jalan Puncak Borneo. Foto PUSAKA

Kembangkan industri buluh, PUSAKA serah 500 anak buluh kepada komuniti Puncak Borneo

PUNCAK BORNEO, 5 April: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menyerahkan sebanyak 500 anak buluh kepada komuniti Puncak Borneo dalam usaha mengembangkan industri buluh di Sarawak melalui penglibatan komuniti setempat.

Pemangku Pengurus Sumber Buluh dan Perdagangan Karbon PUSAKA, Nizam Abdullah menjelaskan Kerajaan Sarawak kini giat melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan ekonomi hijau dan lestari.

Katanya, salah satu fokus utama adalah memanfaatkan potensi buluh sebagai sumber kekayaan baharu Sarawak serta menjadikan buluh sebagai sumber pendapatan bagi komuniti.

“Salah satu agenda Kerajaan Sarawak adalah untuk menjadikan buluh sebagai sumber pendapatan tetap bagi komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar seperti Puncak Borneo ini.

“Selain hasil mentah, kami juga ingin menggalakkan komuniti untuk terlibat dengan aktiviti hiliran pada masa hadapan,” jelas Nizam.

Majlis Penyerahan anak buluh kepada komuniti Puncak Borneo telah disempurnakan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin yang turut memuji inisiatif ini sebagai langkah positif dalam mengembangkan industri buluh di Sarawak.

“Dengan adanya usaha seperti ini, komuniti Puncak Borneo dapat memanfaatkan potensi buluh sebagai sumber pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat ekonomi tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan.” tegasnya.

Untuk rekod, PUSAKA berhasrat untuk memperluaskan industri buluh di Sarawak dengan sasaran menanam sekurang-kurangnya 10,000 hektar ladang buluh komersial menjelang tahun 2030.

Selain itu, ladang komuniti akan diusahakan dengan kerjasama penduduk setempat di seluruh Sarawak, dengan sasaran menanam sekurang-kurangnya 2,000 hektar ladang buluh komuniti.

Program ini diharapkan menjadi contoh kepada projek serupa di seluruh Sarawak dalam usaha memperkasa ekonomi hijau serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar melalui penglibatan aktif dalam industri buluh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan