Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Opengpada Majlis Hari Raya Aidilfitri Bersama Pemimpin 2025 di Stadium Tertutup Miri, hari ini. Foto TVS

Jurusan baharu, moden ditawarkan di Curtin University

BySalasiah Safian

MIRI, 5 Apr: Jurusan baharu dan moden yang ditawarkan di Curtin University akan diumumkan pada Oktober tahun ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia adalah jurusan baharu selain daripada perakaunan dan kewangan.

“Dan bulan 10 (Oktober), kita akan umumkan jurusan yang agak moden, disiplin baharu, even construction pun sekarang ini ada Bachelor of Science (Construction Management).

“Ini adalah satu jurusan baharu selain daripada jurusan kira-kira (accounting) dan juga finance,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Bersama Pemimpin 2025 di Stadium Tertutup Miri, hari ini.

Menurutnya, pendidikan percuma akan disediakan kepada anak Sarawak yang berkelayakan melanjutkan pengajian peringkat ijazah di universiti milik Kerajaan Sarawak.

Pada masa sama beliau yakin pendidikan dapat membantu mengurangkan atau menghapuskan kadar kemiskinan.

“Inisiatif ini dilaksanakan untuk mencungkil kemahiran anak Sarawak dalam ekonomi baharu.

“Inilah yang kita nak laksanakan dan kita keluarkanlah kemahiran anak kita dalam ekonomi baharu.

“Kita ada masa setahun setengah untuk mengeluarkan 500 megawatt tenaga yang dikeluarkan daripada hibrid hidrogen dengan gas melalui gas turbine yang kita sedang bina sekarang. Miri adalah satu-satunya tempat pertama di dunia yang mengeluarkan tenaga hibrid,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan