Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee (kiri) bersama-sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Dato Sri Wahab Dolah pada majlis sambutan Aidilfitri di Sibu. Foto DUN Daro.

Impian penduduk Daro jadi kenyataan

DARO, 5 April : Impian penduduk daerah ini untuk menikmati perkhidmatan klinik kesihatan baharu bakal menjadi kenyataan selepas Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan keseluruhan berjumlah RM50 juta untuk tujuan pembinaannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, sebelum ini peruntukan sedia ada hanya RM35 juta sahaja sedangkan untuk menyiapkan projek tersebut memerlukan sekitar RM50 juta berdasarkan spesifikasi baharu klinik jenis empat yang serba lengkap itu.

Sehubungan itu menurutnya, peruntukan tambahan amat diperlukan bagi memastikan kelancaran projek di samping memenuhi fasiliti kesihatan diperlukan rakyat Daro.

“Alhamdullilah, kita bersyukur kerana permohonan NOC (peruntukan tambahan) RM15 juta tersebut yang dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan sebelum ini diluluskan meskipun memakan masa agak lama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menyentuh perkembangan terkini, Safiee menjelaskan, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, projek tersebut kini sudah ditender.

Selain itu katanya, tapak terkini yang lebih strategik, luas dan selamat untuk klinik berkenaan juga ditetapkan selepas kerja menembok (Fasa 1) siap dilaksanakan dua tahun lepas.

“Kita sedia maklum klinik kesihatan lama yang berstrukturkan kayu, lokasinya terletak di tebing Sungai Daro. Bagaimanapun kita mendapati lokasi itu tidak sesuai, sempit dan sering dinaiki air.

“Tapak baharu pula terletak bersebelahan stadium, berhampiran dengan kampung di Daro selain wujudnya satu Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Lemang Pek, Ulu Daro dan Pangtray,” ujarnya.

Beliau berkata, dengan siapnya pembinaan Jambatan Batang Lassa, lokasi baharu yang amat strategik itu turut memudahkan masyarakat Pulau Bruit dan Matu yang memerlukan perkhidmatan untuk mendapat rawatan di klinik tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan