Enrique mengumpul 372.05 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ke-13, hanya dipisahkan 7.30 mata di belakang penerjun Itali, Riccardo Giovannini di tempat ke-12 dengan 379.35 mata.
Penerjun tuan rumah Randal Willars Valdez mengungguli saingan kelayakan tersebut dengan 518.45 mata diikuti dua penerjun China, Cheng Zilong (474.15) dan Zhu Zifeng (462.25) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Hanya 12 penerjun layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung Isnin ini.
Semalam, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong turut terlepas slot final 10m platform individu wanita selepas menamatkan saingan di tempat ke-13 pada pusingan kelayakan.
Piala Dunia Terjun 2025 seterusnya akan berlangsung di Windsor, Kanada pada 10 hingga 13 April dan diikuti Beijing, China pada 2 hingga 4 Mei.-TVS