Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah ketika melayan orang ramai yang mengunjungi kediaman rumah terbukanya hari ini. Foto TVS

Ribuan penduduk kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Premier di Lawas

LAWAS, 4 Apr: Ribuan penduduk Lawas dan sekitarnya mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sebuah hotel terkemuka di Lawas petang ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan kenamaan lain.

Majlis diserikan dengan kehadiran Persatuan Kebudayaan Cina Lawas yang mempersembahkan tarian singa.

Majlis Rumah Terbuka Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bermula petang Jumaat jam 2 petang dan berakhir pada jam 6 petang.

Majlis serupa akan berlangsung bermula pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada esok (Sabtu).

Awang Tengah dijangka menghadiri majlis rumah terbuka PERKIM Cawangan Lawas di Banting diikuti majlis keluarga di Kuala Lawas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan