Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah kematian akibat gempa bumi yang melanda Myanmar seminggu lepas terus meningkat dengan junta tentera yang memerintah pada Jumaat melaporkan penemuan 3,145 mayat setakat ini. Foto fail AFP

Organisasi bantuan laporkan kemusnahan di Myanmar seminggu selepas gempa bumi

ByBernama

BANGKOK, 4 Apr: Jumlah kematian akibat gempa bumi yang melanda Myanmar seminggu lepas terus meningkat dengan junta tentera yang memerintah pada Jumaat melaporkan penemuan 3,145 mayat setakat ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Lebih daripada 220 orang masih hilang dan tidak jelas berapa ramai jumlah sebenar, menurut pertubuhan bukan kerajaan Jerman, Welthungerhilfe.

Terdapat kebimbangan yang jumlah mangsa sebenar mungkin jauh lebih tinggi. Kemusnahan sistem bekalan air menyebabkan jumlah kes cirit-birit meningkat dan terdapat kebimbangan menularnya wabak taun atau penyakit berkaitan.

Gempa bumi 7.7 skala Richter pada 28 Mac menggegarkan Wilayah Sagaing, Mandalay, bandar raya kedua terbesar di negara itu dan ibu negara Naypyidaw.

Gegaran turut dirasai lebih 1,000 kilometer jauhnya di Bangkok, di mana sebuah bangunan 30 tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh. Puluhan pekerja masih terperangkap di bawah runtuhan.

“Jumlah kematian meningkat dari hari ke hari dan banyak wilayah sukar dimasuki kerana jalan dan jambatan yang rosak,” kata Welthungerhilfe dari Myanmar.

Menurut organisasi itu, Myanmar adalah salah sebuah negara termiskin di dunia dan terdapat 15.2 juta orang mengalami kekurangan zat makanan sebelum gempa bumi melanda.

“Ini adalah gempa bumi sekali dalam 100 tahun dan malapetaka sekali dalam 100 tahun,” pengarah negara Welthungerhilfe Henry Braun memberitahu dpa.
“Pasukan kami menyaksikan kemusnahan besar. Penduduk menggali mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan dengan tangan kosong dalam suhu 40 darjah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan