Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Situasi di Gaza bertambah buruk pada awal Mac 2025 apabila pihak pendudukan Israel menutup pintu masuk ke Semenanjung Gaza, sekali gus menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan, bantuan kecemasan dan bekalan perubatan. Foto AFP

Israel guna makanan, bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza – Ketua UNRWA

ByBernama

NEW YORK, 4 Apr: Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat Philippe Lazzarini, mengkritik Israel kerana menggunakan makanan dan bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Dalam satu hantaran di platform X, Lazzarini menzahirkan kebimbangan terhadap situasi genting di Gaza, dengan tentera Israel telah melancarkan serangan yang disifatkan sebagai genosid sejak 18 bulan lalu. Beliau berkata kelaparan dan putus asa semakin berleluasa, dengan Israel menggunakan makanan dan bekalan kemanusiaan sebagai alat peperangan.

Lazzarini menjelaskan bahawa Israel telah mengenakan sekatan ketat ke atas Gaza selama lebih sebulan, menyekat kemasukan barangan keperluan asas termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan api. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai hukuman kolektif terhadap penduduk awam.

“Penduduk Gaza keletihan kerana terus terperangkap di sebidang tanah yang kecil,” katanya. “Bantuan mesti dibenarkan masuk dan kepungan ini perlu ditamatkan.”

Situasi di Gaza bertambah buruk pada awal Mac 2025 apabila pihak pendudukan Israel menutup pintu masuk ke Semenanjung Gaza, sekali gus menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan, bantuan kecemasan dan bekalan perubatan. Tindakan itu telah menyebabkan kemerosotan yang belum pernah berlaku dalam keadaan kemanusiaan di wilayah berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan