Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

BAC 2025: Wei Chong-Kai Wun perkuat mental

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 April: Selain memberikan tumpuan kepada persediaan fizikal, gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut memberikan perhatian kepada kekuatan mental mereka menjelang saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 pada 8 hingga 13 April di Ningbo, China.

Pasangan di ranking ketujuh dunia itu optimis dengan usaha mereka mendapatkan khidmat pakar psikologi, mampu mendatangkan perubahan positif ketika berada dalam gelanggang pertandingan.

“Beliau (pakar psikologi) banyak bertanya apa yang kami fikir, beri kebebasan untuk luah perasaan. Dalam gelanggang, mental kena kuat dan beliau bagi kami lebih banyak idea supaya boleh kekal tenang waktu perlawanan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

Menurut Wei Chong, kejohanan kali ini adalah peluang terbaik mereka untuk membuktikan kemampuan di pentas lebih tinggi selepas beberapa pencapaian memberangsangkan pada kejohanan sebelum ini.

Pada Januari lepas, Wei Chong-Kai Wun mencipta sejarah apabila mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia buat kali pertama menewaskan pasangan Perancis Christo dan Toma Junior Popov sebelum tewas kepada pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi.

Pada aksi BAC yang dijadualkan berlangsung di Ningbo Olympic Sports Center Gymnasium, Wei Chong-Kai Wun akan berdepan pasangan UAE, Dev Ayyappan-Dhiren Ayyappan di pusingan pertama dan ujian sebenar berkemungkinan menentang naib juara All England 2025 Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan