Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kru dan seorang penumpang yang ditahan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan selanjutnya. Foto Maritim Miri

Vesel penumpang ditahan, gagal lapor pertukaran nakhoda

MIRI, 3 Apr: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan sebuah vesel penumpang pada kedudukan lebih kurang 3.7 batu nautika barat daya Kuala Baram atas pelbagai kesalahan semasa diperiksa.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, vesel penumpang ditahan pasukan peronda bot Maritim Malaysia semasa melaksanakan OP Permai 01/2019, OP Naga Timur, OP Tiris 3.0 dan OP
Khas Pagar Laut 1/2025 sekitar pukul 9.25 pagi hari ini.

“Vesel penumpang tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1953 iaitu gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan dan kesalahan di bawah Kaedah Bot 1953 iaitu gagal mengemukakan lesen yang sah semasa diperiksa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, vesel beserta kru dan seorang penumpang warganegara tempatan berumur di antara 53 tahun dan 65 tahun telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV), Miri untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan