Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Putih pada Sabtu memaklumkan bahawa Pengawal Nasional akan dikerahkan ke Los Angeles ketika protes yang berlarutan akibat serbuan imigresen. Foto fail AFP

Trump umum tarif kepada semua negara termasuk Malaysia pada 24 peratus

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 April: Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.

Langkah ini boleh menyebabkan ekuiti Asia berada dalam tekanan apabila pasaran kewangan dibuka pada Khamis.

“Walaupun ini menyebabkan peningkatan awal di peringkat global, sentimen di Asia dijangka menyusut apabila pasaran menilai tarif lebih tinggi yang tertumpu kepada negara tertentu termasuk China, yang berdepan 34 peratus tarif ke atas import dan 24 peratus duti Jepun.

“Vietnam dan Kemboja mengalami tarif yang lebih tinggi, masing-masing pada 46 peratus dan 49 peratus,” kata pelabur dan penganalisis makro global ActivTrades Anderson Alves dalam komentar pasaran.

Alves berkata persekitaran enggan mengambil risiko yang meluas dijangka berlaku di pasaran Asia pada Khamis, dengan dolar AS diunjur mengatasi mata wang serantau.

Sektor teknologi dan semikonduktor dijangka mencerminkan penurunan yang berlaku di pasaran AS, dengan indeks Nasdaq berteknologi tinggi mengakhiri peningkatan awal apabila ditutup tiga peratus lebih rendah.

“Operator pasaran akan memantau dengan teliti reaksi China terhadap tarif AS yang diumumkan. Sebahagiannya menjangkakan China akan mengurangkan pelaburan di AS untuk memperkukuh kedudukan rundingannya dalam rundingan perdagangan AS,” katanya.

Menurut Rumah Putih,  AS akan memberikan respons terhadap sebarang cubaan untuk mengambil tindak balas terhadap duti yang dikenakan.

Katanya pergelutan perdagangan mungkin menjadi pemacu utama bagi pasaran hari ini dan sepanjang minggu ini. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan