Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan program bantuan kebakaran yang menawarkan rebat 100 peratus sekali beri bagi bil elektrik satu bulan untuk pelanggan yang rumah mereka terjejas dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya. Foto TNB CareLine (FB)

TNB umum 100 peratus rebat bil elektrik bagi mangsa kebakaran Putra Heights

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Apr: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan program bantuan kebakaran yang menawarkan rebat 100 peratus sekali beri bagi bil elektrik satu bulan untuk pelanggan yang rumah mereka terjejas dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.

TNB dalam kenyataan memaklumkan rebat tersebut akan berdasarkan bil Mac 2025 dan akan dikreditkan terus ke dalam bil elektrik mereka bagi April 2025.

“Bantuan ini melangkaui rebat bil iaitu termasuk mengetepikan sebarang caj penyambungan semula untuk aplikasi bekalan elektrik bagi rumah yang terkesan dengan insiden itu dan mengecualikan pelanggan yang terjejas daripada surcaj bayaran lewat pada bil eletrik semasa mereka,” menurut kenyataan itu.

TNB juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan kontraktor berdaftar bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh sistem pendawaian elektrik di rumah-rumah yang terjejas bagi memastikan infrastruktur elektrik kekal selamat untuk kegunaan dan tidak mendatangkan risiko kepada penduduk.

Bagi bantuan lanjut, TNB telah mendirikan kaunter perkhidmatan berhampiran Bilik Operasi Polis bermula semalam (2 April) bagi pengguna terjejas mendapatkan bantuan berkaitan elektrik.

“Pegawai TNB juga akan menghubungi terus pelanggan yang terkesan untuk menawarkan sokongan dan panduan yang diperlukan. TNB memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ia akan terus memantau keadaan dan menilai keperluan untuk bantuan tambahan yang diperlukan dari semasa ke semasa.

“Syarikat kami komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua penduduk di kawasan terjejas dan mendoakan kesejahteraan semua yang terlibat dalam insiden itu,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan