Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan menyifatkan keadaan kemanusiaan di Gaza lebih buruk daripada situasi di kem tahanan Nazi. Foto fail AFP

Serangan terbaharu Israel ragut 44 nyawa di Gaza

ByBernama

ANKARA, 3 Apr: Sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza pada Khamis, lapor Anadolu Ajansı.

Pesawat tempur Israel menyerang sebuah blok pangsapuri di kejiranan Shejaiya, Gaza City dan menyebabkan 15 orang terbunuh, menurut sumber perubatan.

Sumber itu juga melaporkan lima lagi kematian akibat serangan udara ke atas rumah-rumah di sepanjang Jalan Al-Yarmouk.

Di Khan Younis, jet pejuang Israel membedil tiga kediaman Palestin, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.

Serangan di beberapa kawasan lain di bandar yang sama turut mengorbankan 12 orang lagi, termasuk mereka yang berlindung di khemah-khemah pelarian.

Pada Ahad, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza di tengah-tengah usaha melaksanakan rancangan Presiden AS Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari wilayah itu.

Israel melancarkan serangan udara secara mengejut ke atas Gaza pada 18 Mac lalu dan sejak itu lebih 1,000 orang maut manakala lebih 2,500 lagi cedera, sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang antara Israel dan Hamas pada Januari lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan