MIRI, 3 April: Seorang maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori kontena di Jalan Bintulu-Miri, berhampiran Ladang 3, di sini, hari ini.
Komander Operasi, Raymond Sigan Candang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.23 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Niah ke lokasi kejadian.
“Kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan jenis sebuah Perodua Aruz dan sebuah lori kontena yang berlanggar dari sisi tepi kenderaan jalan menghala dari Bintulu ke Miri.
“Terdapat empat mangsa terlibat yang dua daripadanya dalam kenderaan Perodua Arus serta seorang pemandu lori terlibat yang cedera dibawa oleh orang awam ke klinik berhampiran bagi mendapat rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, seorang kelindan lori maut dalam kejadian itu selepas tersepit di dalam lori yang terbalik di tengah jalan.
“Pihak bomba mengeluarkan seorang mangsa tersepit. Selepas menyerahkan mangsa kepada pihak polis dan bomba membantu membersihkan lokasi kemalangan,” ujarnya.-TVS