Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi bergambar Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh bersama-sama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Datuk Abang Openg dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak Delta Geopark dalam landasan pengiktirafan UNESCO pada 2026

ByRegina Lee

KUCHING, 3 April: Sarawak Delta Geopark kini berada dalam proses persediaan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) menjelang tahun 2026.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pihaknya sedang giat mengikuti pelan tindakan bagi memastikan pencapaian status berprestij itu.

“Sekarang kita dalam proses persediaan supaya menjelang 2026, Sarawak Delta Geopark dapat diinskripsi sebagai UNESCO Delta Geopark. Setelah ia diiktiraf, kita mempunyai potensi besar untuk memperkenalkan keunikan khazanah Sarawak ke seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Jalan Bako, hari ini.

Menurut Len Talif, geopark ini merangkumi empat aspek utama iaitu geologi, budaya dan kemasyarakatan sosial, flora dan fauna serta pelancongan yang dilihat sebagai faktor utama untuk Sarawak mempromosikan dirinya sebagai destinasi pelancongan yang menarik serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Seiring dengan langkah kerajaanSarawak yang telah mengambil alih MASwings dan menjenamakannya semula sebagai Air Borneo, langkah ini juga selari dengan usaha meningkatkan keterhubungan Sarawak dengan dunia luar,” ujarnya.

Len Talif turut memaklumkan penilaian rasmi dijadualkan berlangsung tahun ini, dan hasilnya akan dibentangkan kepada jawatankuasa UNESCO pada tahun hadapan.

Jelas beliau, dokumen yang diperlukan telah dihantar mengikut perancangan, dan pihak yang terlibat seperti Sarawak Forestry Corporation (SFC), Jabatan Muzium Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah diarahkan untuk mengikuti roadmap dengan teliti bagi memastikan kelancaran proses penilaian.

“Ini memerlukan usaha kolektif daripada semua pihak yang terlibat dalam menyebarkan maklumat berkaitan Sarawak Delta Geopark bagi meningkatkan visibilitinya di peringkat global,” jelasbya.

Untuk rekod, Sarawak sudah mempunyai dua tapak yang diiktiraf UNESCO, iaitu Taman Negara Gunung Mulu dan Tapak Warisan Dunia Gua Niah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan