Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera di dagu selepas menjadi mangsa ragut di kediamannya di sebuah pangsapuri di Presint 11 di sini, semalam.

Rantai emas diragut, kanak-kanak 12 tahun cedera di dagu

ByBernama

PUTRAJAYA, 3 April: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera di dagu selepas menjadi mangsa ragut di kediamannya di sebuah pangsapuri di Presint 11 di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt Azari Miskon berkata dalam insiden pada 9.46 pagi itu, mangsa yang berada dalam rumah didatangi seorang lelaki yang mengetuk pintu dan menanyakan sama ada terdapat bekalan air atau tidak.

Beliau berkata lelaki itu kemudiannya meminta mangsa menyambungkan paip getah ke paip bilik air dan mengisi air ke dalam sebuah tong air berwarna putih.

“Semasa mangsa cuba serahkan tong air kepada suspek, dia bertindak menarik rambut mangsa dan meragut rantai emas di leher kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azari berkata kejadian itu disaksikan secara langsung oleh bapa mangsa, yang bekerja sebagai pegawai penyelidik yang ketika itu berada di pejabatnya di Kuala Lumpur, menerusi aplikasi kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbit beliau.

Rakaman itu turut mendapati lelaki tersebut memakai jaket berwarna hijau, berseluar dan bertopi hitam dan memakai penutup mulut.

Azari berkata nilai kerugian sebanyak RM5,530 dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan