Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

Polis jejak waris dua kes kematian mengejut

KOTA SAMARAHAN, 3 April: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris dua kes kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin berkata, kes kematian mengejut pertama membabitkan seorang lelaki berusia 50 tahun.

“Mangsa merupakan pemilik sebuah salon Bandar Riyal Kota Samarahan. Mangsa dijumpai oleh orang awam terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai Salon.

“Pihak ambulans dari IJN Kota Samarahan mengesahkan kematian mangsa. Pihak Polis membawa mayat mangsa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes kematian mengejut kedua pula membabitkan seorang lelaki lelaki di Desa Bina Diri Kota Samarahan.

“Mangsa merupakan penghuni Asrama Desa Bina Diri bagi golongan gelandangan.

“Kematian mangsa disahkan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Umum Sarawak. Pihak Polis membawa mayat mangsa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Katanya, pihak polis masih berusaha mencari keluarga mangsa.

Kepada sesiapa yang mengenali keluarga mangsa boleh minta keluarga mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat, SM Malini Ketua Polis Balai Kota Samarahan di talian 014-6493898.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan