Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kira-kira 150 penyokong Chelsea dan Manchester City yang sebelum ini dikenakan Perintah Larangan Bola Sepak tidak dibenarkan menghadiri Piala Dunia Kelab FIFA 2025 di Amerika Syarikat dari 15 Jun hingga 13 Julai 2025, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media Britain. Foto fail AFP

Penyokong Chelsea, Man City ganas dilarang hadir Piala Dunia Kelab

ByBernama

ANKARA, 2 Apri: Kira-kira 150 penyokong Chelsea dan Manchester City yang sebelum ini dikenakan Perintah Larangan Bola Sepak tidak dibenarkan menghadiri Piala Dunia Kelab FIFA 2025 di Amerika Syarikat dari 15 Jun hingga 13 Julai 2025, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media Britain.

Menurut undang-undang baharu yang berkuat kuasa pada Rabu, mana-mana penyokong yang terlibat perlu menyerahkan dokumen perjalanan mereka termasuk pasport, atau berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tanpa had.

Piala Dunia Kelab kali ini bakal menyaksikan perubahan format baharu yang kali pertama diperkenalkan FIFA, dengan 32 kelab bertanding.

Pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan dan hanya akan bermain satu perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya yang menggunakan format kalah mati.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak US$125 juta, manakala jumlah keseluruhan hadiah yang bakal diagihkan kepada 32 pasukan bertanding mencecah US$1 bilion.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan