Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Abdullah Julaihi (tengah) menyepak bola sebagai simbolik perasmian. Foto Suara Sarawak

Pentas pamer bakat, pupuk perpaduan

ByTVS

ASAJAYA, 4 April: Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bukan sahaja pentas pemain mempamerkan bakat tetapi merupakan simbol perpaduan.

Memetik laporan Suara Sarawak, Penaung Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB), Datuk Abdullah Julaihi berkata, ini kerana kejohanan tersebut disertai pemain berpengalaman dan mudah daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Memasuki edisi ke-57 tahun ini, kejohanan tertua ini bukan sahaja untuk pemain mempamerkan bakat masing-masing tetapi merupakan simbol perpaduan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pada Rabu.

Pada masa sama, Abdullah turut berterima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan untuk menjayakan kejohanan tersebut.

Kejohanan tertua di Sarawak itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM11,000 untuk tiga pasukan tersebut.

Sebanyak 50 pasukan menyertai kejohanan kali ini.

Lima pasukan antara yang terawal mengesahkan tiket ke pusingan kedua selepas menumpaskan lawan masing-masing.

Pasukan terbabit ialah Kasema SC2, Kaslo FC, Mix Hajiba B, Latif FC dan ABF FC.

Kasema SC2 mara selepas menumpaskan Akademi Tambirat B dengan jaringan 2-0, Kaslo FC menumpaskan Mix Hajiba A dengan kemenangan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan.

Seterusnya kemenangan selesa (4-1) Mix Hajiba B ke atas FC Sebandi Lot dan pasukan Latif FC turut melakar kemenangan besar (6-1) ke atas SY FC serta kemenangan tipis (1-0) ABF FC ke atas Akademi Tambirat A.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan