Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Balingian Home menumpaskan Balingian Away 5-3 pada perlawanan persahabatan bola sepak sempena sambutan Hari Raya anjuran Balingian Brotherhood-Sport Recreation Club di Stadium Balingian hari ini.

Kukuh hubungan belia Balingian menerusi bola sepak

BALINGIAN, 3 April: Pasukan Balingian Home menumpaskan Balingian Away 5-3 pada perlawanan persahabatan bola sepak sempena sambutan Hari Raya anjuran Balingian Brotherhood-Sport Recreation Club di Stadium Balingian hari ini.

Perlawanan yang dianggap ‘Jaguh Kampung lawan Jaguh Bandar’ itu ternyata didominasi pasukan Balingian Home.

Pemain Balingian Away kebanyakan daripada belia asal Balingian yang berhijrah ke Kuala Lumpur, Kuching, Miri, Bintulu dan Sabah.

Pengerusinya, Mohd Helmi Zamil berkata, aktiviti itu sebagai salah satu aktiviti merapatkan hubungan belia di desa dan belia yang berhijrah ke kota.

“Alhamdulillah ini tahun pertama dianjurkan di Stadium Balingian setelah beberapa tahun dihentikan kerana tiada kemudahan padang bola yang sesuai,” katanya kepada TVS.

Helmi turut berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi yang menyokong dan berusaha menyediakan kemudahan fasiliti sukan terbaik untuk belia di Balingian.

“Diharap aktiviti ini dapat diteruskan pada tahun tahun hadapan untuk aktiviti sampingan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri selain program Ramah Tamah untuk eratkan hubungan belia kampung dan belia dari kota,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan