Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol memutuskan untuk tidak hadir sesi Mahkamah Perlembagaan bagi mendengar keputusan penghakiman terhadapnya pada Jumaat ini. Foto fail AFP

Korea Selatan: Yoon Suk Yeol tidak akan hadir sesi penghakiman Jumaat ini

ByBernama

SEOUL, 3 April: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol memutuskan untuk tidak hadir sesi Mahkamah Perlembagaan bagi mendengar keputusan penghakiman terhadapnya pada Jumaat ini, menurut pasukan guamannya pada Khamis.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Mahkamah Perlembagaan menetapkan keputusan berhubung pemecatan Yoon atas tuduhan berkaitan cubaan undang-undang tentera yang singkat pada 11 pagi waktu tempatan Jumaat.

Keputusan untuk tidak hadir dibuat atas pertimbangan keselamatan dan ketenteraman awam, jelas pasukan guaman Yoon.

Seorang pegawai presiden berkata Yoon dijangka menyaksikan siaran langsung keputusan mahkamah itu dari kediamannya di Seoul.

Mahkamah akan mengumumkan keputusan itu secara langsung, dengan siaran langsung dibenarkan serta kehadiran orang awam.

Setakat 5 petang, seramai 96,370 orang memohon secara dalam talian untuk menghadiri sesi itu, namun hanya 20 orang dipilih.

Pada Januari, Yoon ditahan dan didakwa atas tuduhan pemberontakan jenayah, tetapi dibebaskan bulan lalu selepas mahkamah daerah Seoul membatalkan penahanannya dan membenarkan beliau dibicarakan tanpa tahanan fizikal.

Pemangku Presiden, Han Duck-soo menggesa rakyat agar menerima keputusan mahkamah dengan tenang, sambil meminta ahli politik untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan keganasan.

Pihak polis memperketat kawalan keselamatan di sekitar mahkamah di pusat bandar Seoul berikutan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat.

Kawasan sekitar mahkamah diisytiharkan sebagai zon larangan, dengan pihak berkuasa menghalang protes bagi mengelakkan kemungkinan pertempuran.

Yoon menafikan sebarang salah laku dan mendakwa pengisytiharan undang-undang tentera itu hanya bertujuan memberi amaran kepada parti pembangkang utama atas apa yang beliau sifatkan sebagai penyalahgunaan kuasa legislatif. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan