Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memadam kebakaran kereta di Tamin, hari ini. Gambar JBPM

Kereta musnah terbakar di Tamin

SELANGAU, 3 April: Sebuah kereta musnah terbakar di kawasan pusingan P Lebuhraya Pan Borneo berdekatan Kampung Sebaya, Tamin, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, panggilan mengenai kejadian tersebut diterima pada jam 11.43 pagi dan anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak 26 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau.

“Bomba bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Setelah memastikan keadaan terkawal, PKO lapor bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan