Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan sebuah kenderaan dan tong sampah plastik yang mencair akibat haba panas kesan daripada kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas yang dilakukan di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, semalam ketika tinjauan semalam. Foto Bernama

Kebakaran saluran paip: Penduduk mula masuk periksa rumah hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 April: Pemilik 115 rumah yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada Selasa lepas dibenarkan memasuki kediaman masing-masing secara berfasa mulai hari ini.

Pegawai Daerah Petaling Huzunul Khaidil Mohammed berkata fasa pertama melibatkan 41 pemilik rumah di Jalan 1/3A, yang dibenarkan masuk mulai 9.30 pagi ini bagi menjalani pemeriksaan termasuk pendawaian.

“Sekiranya pendawaian berada dalam keadaan baik, bekalan elektrik akan disalurkan semula. Jika pemeriksaan inventori mengesahkan keadaan kediaman selamat, penduduk akan dibenarkan kembali menetap di rumah mereka,” katanya kepada pemberita di Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

Beliau berkata selepas fasa pertama melibatkan 41 rumah selesai, fasa kedua dan ketiga akan dilaksanakan.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk mula hadir seawal 8 pagi seperti yang ditetapkan pihak berkuasa.

Semalam, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat, dalam sidang media di lokasi kejadian memaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menjalankan pemeriksaan akhir pendawaian di kesemua 115 rumah hari ini.

Beliau berkata JBPM telah melaksanakan semakan inventori di kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas itu dan mendapati semua kediaman berkemungkinan berada dalam keadaan baik serta dipercayai selamat untuk diduduki.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kebakaran pada 8.10 pagi Selasa lepas berlaku di saluran paip utama milik Petronas Gas Bhd (PGB).

Kebakaran saluran paip gas itu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya dan menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21X24 meter di lokasi kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan