Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita selepas meninjau lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Kebakaran saluran gas: KPKM pantau bekalan makanan di PPS

ByHafeezzur Muzamir

SUBANG JAYA, 3 April: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus memantau kestabilan bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kementeriannya bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan agensi-agensi lain akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa, meskipun mengakui bekalan makanan stabil.

“Saya lihat di sini, makanan bukan masalah kerana soal yang paling utama ialah mereka (mangsa) kehilangan barangan dan sebagainya.

“Walau bagaimanapun, soal makanan, kita (Kementerian) akan pantau sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau lokasi kebakaran itu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja meminta agar kesemua mangsa yang terjejas akibat insiden itu membuat laporan polis, termasuk melibatkan kerosakan dan kehilangan harta benda.

Katanya, mangsa diminta berbuat demikian sambil menegaskan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan sedang berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu dengan pantas.

“Pihak polis menyediakan banyak kaunter untuk mereka (mangsa) membuat laporan polis.

“Sekiranya berlaku sebarang kehilangan, kerosakan dan sebagainya, kita minta semua mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima sebanyak 66 laporan polis daripada mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan