Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan media sosial

Kebakaran Putra Heights: hanya seorang mangsa masih dirawat di hospital di Selangor

ByBernama

PUTRAJAYA, 3 April: Hanya seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih dirawat di hospital negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin.

Beliau berkata pesakit berkenaan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

“Apa yang saya boleh sahkan ialah hanya seorang pesakit dirawat di ICU hospital di bawah Selangor, iaitu dirawat di Hospital Ampang setakat pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Ummi Kalthom berkata tiga pesakit yang dirawat di Hospital Cyberjaya pula kini dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, Pengarah Hospital Cyberjaya Dr Shahabuddin Ibrahim mengesahkan tiada lagi mangsa kejadian dirawat di hospital itu.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat 3 petang, mangsa dirawat di fasiliti kementerian itu melibatkan 86 kes manakala 46 di fasiliti swasta.

Di Hospital Cyberjaya, setakat semalam jumlah kes ialah 26 dengan 23 pesakit telah dibenarkan keluar wad manakala seorang di ICU dan dua dirujuk ke HKL.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan