Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke meninjau situasi terkini berkenaan kejadian kebakaran saluran paip gas bocor di Putra Heights hari ini. Foto Bernama

Kaunter bergerak JPJ bantu mangsa kebakaran gas Putra Heights ganti dokumen

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 April: Kementerian Pengangkutan, melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mengambil langkah meringankan beban mangsa kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya, dengan membuka kaunter bergerak di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, dekat sini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkhidmatan ini, yang akan berlangsung hari ini hingga esok, membolehkan mangsa menggantikan dokumen pengangkutan yang musnah atau hilang akibat insiden tersebut tanpa memerlukan laporan polis dan proses penggantian dokumen akan disiapkan dengan segera.

“Mangsa hanya perlu memberikan nama dan nombor kad pengenalan untuk mencetak semula dokumen tersebut secara percuma… jika ada keperluan, perkhidmatan ini akan dilanjutkan,” katanya pada sidang media selepas melawat PPS hari ini.

Antara dokumen pengangkutan yang boleh diganti secara percuma adalah Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor, dan Sijil Pemilikan Kenderaan.

Loke turut memaklumkan bahawa usaha ini mendapat kerjasama Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), yang menawarkan khidmat nasihat berhubung tuntutan yang boleh dibuat oleh mangsa terlibat dalam insiden tersebut.

“Selain itu, pihak Prasarana juga menyediakan enam van untuk membantu pergerakan mangsa apabila mereka dibenarkan pulang untuk mengambil barang. Van ini juga boleh digunakan untuk pergi ke stesen LRT atau tempat lain untuk membeli keperluan,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan