Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera yang memerintah Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu pada Rabu terhadap kumpulan penentang ekoran gempa bumi dahsyat yang meragut hampir 2,900 nyawa, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto fail AFP

Junta Myanmar umum gencatan senjata sementara

ByBernama

ISTANBUL, 3 April: Tentera yang memerintah Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu pada Rabu terhadap kumpulan penentang ekoran gempa bumi dahsyat yang meragut hampir 2,900 nyawa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sebelum ini, junta menolak cadangan gencatan senjata daripada kumpulan penentang yang bertujuan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, tentera Myanmar berkata bahawa gencatan senjata yang akan berkuat kuasa sehingga 22 April itu bertujuan untuk memudahkan usaha bantuan selepas bencana.

Pengumuman dibuat selepas laporan mengenai serangan terhadap konvoi bantuan Palang Merah China pada malam Selasa ketika kempen serangan udara terhadap kumpulan penentang.

Junta yang merampas kuasa pada 2021 turut memberi amaran kepada kumpulan itu agar tidak melakukan sebarang gangguan.

Pengisytiharan gencatan senjata itu dibuat menjelang lawatan ketua junta Min Aung Hlaing ke Bangkok bagi menghadiri sidang kemuncak serantau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan