Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli. Foto fail Bernama

JPJ terima 82 permohonan mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Apr: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 82 permohonan daripada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya bagi pencetakan semula dokumen penting mereka secara percuma.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata permohonan itu diterima melalui kaunter bergerak yang dibuka di pekarangan Masjid Putra Heights bermula pagi tadi.

“Setakat 4.30 petang, JPJ menerima 13 permohonan cukai jalan, 53 permohonan sijil pemilikan kenderaan, 13 permohonan lesen memandu kompeten (CDL) dan tiga permohonan lesen memandu barang (GDL).

“Semua permohonan diproses tanpa dikenakan sebarang bayaran kecuali bagi lima individu yang membuat pembaharuan CDL,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata JPJ membuka kaunter bergerak di pusat pemindahan sementara Masjid Putra Heights hari ini dan esok bagi membolehkan mangsa menggantikan dokumen pengangkutan yang musnah atau hilang tanpa perlu membuat laporan polis.

Insiden kebakaran besar pada 8.10 pagi Selasa itu menyaksikan api menjulang tinggi dan menghasilkan bahang panas serta debu yang memusnahkan deretan kediaman selain harta benda termasuk lebih 300 kenderaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan