Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Individu yang melecur akibat kebakaran dinasihatkan tidak membuat rawatan sendiri dengan meletakkan sebarang jenis krim, losyen atau ubat gigi pada bahagian atau anggota badan yang mengalami kecederaan itu. Foto hiasan Envato

Jangan letak ubat gigi, krim atau losyen pada bahagian melecur – Pakar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 April: Individu yang melecur akibat kebakaran dinasihatkan tidak membuat rawatan sendiri dengan meletakkan sebarang jenis krim, losyen atau ubat gigi pada bahagian atau anggota badan yang mengalami kecederaan itu.

Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Setapak Dr D. Suhash berkata bahan-bahan berkenaan tidak selamat digunakan pada bahagian yang melecur selain akan merumitkan proses rawatan oleh petugas kesihatan kelak.

“Saya nasihatkan jangan buat rawatan sendiri tanpa ilmu, bahan-bahan seperti krim ini bila sudah diletakkan pada bahagian terbabit, bila hendak dibersihkan luka tersebut, ia akan merumitkan keadaan dan boleh menyebabkan luka dijangkiti kuman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan topik ‘Kepentingan Asas Bantuan Kecemasan’ menerusi slot Reaksi di Bernama Radio hari ini.

Dr Suhash berkata individu yang melecur boleh membasuh atau mengalirkan air paip dengan suhu bilik pada bahagian terbabit selama 15 hingga 30 minit sehingga panas berkurangan.

Beliau berkata bagi mereka yang mengalami lecuran tahap satu dan dua, bahagian atau anggota badan terbabit boleh dibalut dengan kain bersih atau kain basah sebelum ke pusat perubatan terdekat untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan