Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indonesia memerlukan lebih banyak masa untuk menilai secara terperinci kesan ekonomi daripada polisi tarif baharu Amerika Syarikat sebelum mengumumkan pendirian rasmi. Foto hiasan Envato

Indonesia tangguh respons terhadap polisi tarif AS, perbincangan masih berlangsung

ByBernama

JAKARTA, 3 Apr: Indonesia memerlukan lebih banyak masa untuk menilai secara terperinci kesan ekonomi daripada polisi tarif baharu Amerika Syarikat sebelum mengumumkan pendirian rasmi.

Penangguhan itu berlaku di tengah-tengah rundingan berterusan antara kementerian dan agensi kerajaan bagi menyelaraskan respons negara terhadap langkah perdagangan AS.

Sehubungan itu, sidang media yang dijadualkan pada 10.45 pagi Khamis bagi mengumumkan pendirian Indonesia telah ditunda.

“Polisi tarif AS sangat kompleks, merangkumi pelbagai jenis komoditi dan memerlukan perbincangan lanjut antara pelbagai jabatan kerajaan,” menurut kenyataan Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia.

Kementerian itu mengesahkan bahawa sidang media akan ditunda sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sidang media itu pada awalnya dijadualkan melibatkan beberapa pegawai kanan, termasuk Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto, Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati, Menteri Perdagangan Budi Santoso, Menteri Luar Negeri Sugiono dan Timbalan Menteri Perindustrian Faisol Riza.

Tarif baharu yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump pada 2 April termasuk duti sebanyak 32 peratus ke atas import dari Indonesia.

Trump mempertahankan langkah itu dengan menuduh Indonesia mengamalkan peraturan kandungan tempatan, sistem pelesenan import yang kompleks, serta peraturan baharu yang mewajibkan firma sumber asli memperoleh hasil eksport melebihi US$250,000 di dalam negara.

Institut kajian berpangkalan di Jakarta, Pusat Kajian Ekonomi dan Undang-Undang (Celios), memberi amaran bahawa langkah itu boleh mencetuskan kemerosotan ekonomi di Indonesia menjelang suku akhir 2025.

Pengarah eksekutif Celios, Bhima Yudhistira berkata peningkatan tarif terbabit akan memberi kesan besar terhadap eksport Indonesia ke AS dan boleh menjejaskan hubungan perdagangan dengan negara lain.

“Sektor automotif dan elektronik akan menjadi antara yang paling terjejas,” katanya kepada agensi berita Antara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan