Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) setakat ini berjaya mengeluarkan seramai lapan mangsa gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar, memasuki hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) di negara itu. Foto AFP

Gempa Myanmar: MAS-01 keluarkan lapan mangsa setakat hari kelima SAR

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 April: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) setakat ini berjaya mengeluarkan seramai lapan mangsa gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar, memasuki hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) di negara itu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan lokasi tumpuan pasukan itu hari ini adalah runtuhan sekolah yang dipercayai masih terdapat mangsa terperangkap.

“Penetapan tapak kerja untuk MAS-01 ditentukan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Tempatan (LEMA) berdasarkan kompleksiti runtuhan yang memerlukan peralatan canggih dibawa MAS-01,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan, mangsa yang dikeluarkan terdiri daripada masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita serta seorang kanak-kanak yang ditemukan telah meninggal dunia, manakala seorang lelaki dewasa ditemukan hidup.

NADMA berkata kesemua 50 pegawai dan anggota yang bertugas pada misi itu setakat ini berada dalam keadaan baik namun ada antara mereka mengalami simptom cuaca panas yang minimum, seperti suara serak.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat dilaksanakan secara bersama dengan pasukan penyelamat tempatan. Penerapan kesedaran budaya yang tinggi dengan menghormati budaya tempatan oleh Pasukan MAS-01 mengelakkan konflik tugasan antara pasukan dalam dan luar negara,” menurut kenyataan itu.

Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas, selain turut menjejaskan negara jiran Thailand.

Kesemua pegawai dan anggota SMART selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Naypyidaw menaiki dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia, Ahad lepas sebelum pasukan itu bergerak sejauh 270 kilometer melalui jalan darat ke daerah Sagaing untuk memulakan SAR. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan