Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Bernama

Dua warganegara Indonesia ditemui mati

SIMUNJAN, 3 April: Seorang lelaki dan wanita warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh rakan senegara di rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Rafhan Kepli berkata, anggotanya terus ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut selepas menerima laporan berhubung kes itu.

“Kejadian dilaporkan berlaku antara jam 10.30 hingga 11 pagi, siasatan awal mendapati mangsa berusia 48 dan 56 tahun.

“Seorang suspek lelaki berusia 30-an telah berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, senjata berupa pisau yang dipercayai digunakan semasa kejadian juga turut dirampas.

“Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan sebagai kes bunuh dan seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1963/59 atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.

“Kita memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan