Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

China hantar barang bantuan kumpulan kedua ke Myanmar

ByBernama

BEIJING, 3 April: Pesawat yang membawa kumpulan kedua barangan bantuan kemanusiaan yang disumbangkan oleh kerajaan China kepada Myanmar berlepas dari Beijing pada pagi Khamis, menurut Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA).

Bantuan kemanusiaan itu merangkumi 800 khemah, 2,000 selimut, 3,000 kotak biskut dan 2,000 kotak air minuman.

Sebelum ini, kumpulan pertama barangan bantuan kemanusiaan yang disumbangkan kerajaan China telah selamat tiba di Myanmar pada 31 Mac.

Menurut jurucakap CIDCA Li Ming, China bersedia memberikan bantuan berterusan mengikut keperluan Myanmar untuk membantu mangsa mengatasi kesukaran.

“Dipercayai dengan usaha bersama China dan masyarakat antarabangsa, rakyat Myanmar pasti dapat mengatasi bencana dan membina semula kampung halaman,” kata Li.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan