Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Rakyat menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights baru-baru ini.

Bank Rakyat tawar moratorium enam bulan

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 3 Apr: Bank Rakyat menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Bank Rakyat memaklumkan bantuan tersebut merangkumi pelbagai jenis pembiayaan, termasuk Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Peribadi-i, Kad Kredit-i, Pembiayaan Pajak Gadai-i, Pembiayaan Mikro-i serta Pembiayaan Pendidikan-i.

“Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang terkesan dalam kejadian ini.

“Sebagai institusi perbankan yang mengutamakan kesejahteraan kewangan pelanggan, kami prihatin dan komited untuk membantu meringankan beban mereka melalui inisiatif ini,” menurut Bank Rakyat menerusi kenyataan.

Menurut kenyataan itu, pelanggan yang layak boleh memohon moratorium walaupun mereka pernah menerima bantuan serupa sebelum ini.

Selain itu, Bank Rakyat turut menawarkan penggantian Kad Debit-i dan Kad Kredit-i secara percuma kepada pelanggan yang terjejas.

“Kami percaya langkah ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban kewangan mereka, malah memberi mereka ruang untuk mengatur semula keadaan kewangan dalam tempoh yang mencabar ini dan berharap agar moratorium ini dapat memberikan kelegaan kepada mereka,” menurut kenyataan tersebut.

Selain bantuan kewangan, Bank Rakyat turut menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada Masjid Putra Heights yang berfungsi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa kebakaran.

“Sumbangan ini yang merupakan salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bank Rakyat, diharap sedikit sebanyak dapat membantu menampung kos perbelanjaan dan keperluan mangsa,” jelas Bank Rakyat.

Setakat ini, seramai 485 mangsa ditempatkan di dua PPS iaitu Masjid Putra Heights dan Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Bagi pelanggan yang ingin memohon bantuan khas moratorium ini, mereka boleh menghubungi Bank Rakyat melalui e-mel telerakyat@bankrakyat.com.my, Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1300 800 800, atau kunjungi cawangan serta Susulan Berpusat yang berhampiran.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang rasmi www.bankrakyat.com.my atau media sosial @mybankrakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan