Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 65 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir kilat membabitkan tiga perkampungan di Jelebu sejak tengah malam tadi. Foto media sosial

Banjir kilat di Jelebu jejas 65 mangsa dari tiga kampung

ByBernama

SEREMBAN, 3 April: Seramai 65 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir kilat membabitkan tiga perkampungan di Jelebu sejak tengah malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata kejadian antara 12.40 tengah malam hingga 7.49 pagi itu membabitkan Kampung Juntai, Kampung Lakai dan Kampung Jerang.

Beliau berkata pihaknya telah memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat namun tiada pusat pemindahan sementara rasmi dibuka.

“Cuaca ketika ini tidak hujan namun agak gelap, ketiga-tiga kampung ini berada di kawasan yang rendah dan berdekatan sungai menyebabkan ia cepat dinaiki air,” katanya kepada Bernama.

Mohd Najib juga berkata tiada kemusnahan harta benda yang teruk dilaporkan akibat banjir kilat itu dan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan