Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas seorang anggota tentera yang memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan jalan raya di Lahar Yooi di sini pada Selasa lepas, menerima pujian Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan. Foto Tentera Darat Malaysia

Anggota tentera bantu mangsa kemalangan wajar dicontohi – Panglima Tentera Darat

ByBernama

TASEK GELUGOR, 3 April: Tindakan pantas seorang anggota tentera yang memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan jalan raya di Lahar Yooi di sini pada Selasa lepas, menerima pujian Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Muhammad Hafizuddeain berkata beliau dan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Staf Sarjan Muhammad Nizam Samsul Anuar yang bertugas di Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja Kamunting, Perak.

Beliau berkata penghargaan tersebut atas tindakan berani dan pantas anggota berkenaan dalam membantu mangsa kemalangan yang berlaku di Simpang Tiga Lahar Yooi, Seberang Perai Utara ketika Muhammad Nizam dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri jamuan hari raya.

“Kira-kira 3.40 petang, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang menunggang motosikal terlibat dalam kemalangan selepas bertembung dengan sebuah motosikal lain.

“Staf Sarjan Muhammad Nizam yang berada di tempat kejadian segera memberikan bantuan kecemasan dengan menghentikan pendarahan pada muka mangsa sebelum ambulan tiba,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook TDM hari ini.

Muhammad Hafizuddeain menyifatkan keberanian dan kepantasan yang ditunjukkan anggota berkenaan wajar dijadikan contoh kepada seluruh warga TDM.

Kejadian Muhammad Nizam yang membantu mangsa kemalangan tersebut telah tular di media sosial, baru-baru ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan