Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketibaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 N6 Tupong anjuran Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman di Dewan HIKMAH. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari teruskan kunjungan rumah terbuka Aidilfitri

KUCHING, 3 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan kunjungan rumah terbuka Aidilfitri ke kediaman beberapa pemimpin tempatan di sini.

Rumah terbuka pertama dihadiri Abang Johari ialah kediaman Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel di Jalan Tanjung Selatan.

Beliau tiba kira-kira 10 pagi dan disambut oleh Muhammad Abdullah dan keluarga.

Turut mengiringi ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee.

Selepas itu, Abang Johari mengunjungi kediaman Pengerusi Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada jam 11 pagi di Kampung Pinang Jawa.

Beliau meluangkan masa kira-kira 1 jam 30 minit beramah mesra dengan Mohamad Morshidi sekeluarga.

Kunjungan rumah terbuka diteruskan oleh Abang Johari ke kediaman Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh di Jalan Bako.

Pada jam 1.20 tengah hari, beliau mengakhiri kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 N6 Tupong anjuran Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman di Dewan HIKMAH.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan