Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 15 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh manakala yang lain cedera apabila pesawat pejuang Israel mengebom sebuah klinik yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di utara Semenanjung Gaza. Foto Sosial Media

Sekurang-kurangnya 15 penduduk Gaza terbunuh dalam serangan Israel ke atas klinik UNRWA

ByBernama

GAZA, 2 April: Sekurang-kurangnya 15 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh manakala yang lain cedera apabila pesawat pejuang Israel mengebom sebuah klinik yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di utara Semenanjung Gaza.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), serangan udara Israel menyasarkan klinik UNRWA yang menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Kem Jabalia, mengakibatkan puluhan maut dan cedera serta mencetuskan kebakaran di bangunan itu.

Dalam insiden berasingan, dua orang awam terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila tentera Israel mengebom sebuah rumah milik Keluarga Durgham di Kem Bureij, tengah Gaza.

Sementara itu, artileri Israel turut membedil kawasan pertanian di Bandar Al-Fakhari, timur Khan Younis di selatan Gaza.

Dua lagi penduduk awam maut – seorang ditembak oleh dron Israel di kawasan Musabah, manakala seorang lagi terbunuh di Khirbet al-Adas, utara Rafah.

Pasukan perubatan dan pertahanan awam di Khan Younis berjaya mengeluarkan mayat 12 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, dari bawah runtuhan rumah Keluarga Abdel Bari yang dibom oleh tentera Israel.

Serangan itu turut mengenai rumah milik Keluarga Al-Qaoud dan Abu Talib berhampiran garaj Rafah di selatan Gaza.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan