Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Setiu dibuka hari ini susulan hujan lebat sejak malam tadi. Foto fail Bernama

Sebuah PPS dibuka di Setiu susulan hujan lebat

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 2 April: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Setiu dibuka hari ini susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkanPPS Balai Raya Kampung Bari Besar yang menempatkan 18 mangsa daripada tiga keluarga mula dibuka 11.20 pagi akibat banjir kilat.

Sementara itu, beberapa lokasi di Kuala Nerus iaitu Taman Pusu Tiga dan Taman Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Badak turut dinaiki air.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu 10 stesen di lima daerah merekodkan penerimaan hujan melebihi 100 milimeter sejak 12 tengah malam tadi.

Ia termasuk Kampung Gemuruh dan Jeram, Kuala Nerus; Kampung Bukit Sewa, Marang; Pulau Bahagia, JPS Kuala Terengganu, Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu; Kampung Tembila dan Jambatan Jertih, Besut serta Jambatan Penarik dan Kampung Bukit, Setiu.

Bagaimanapun, berdasarkan https://publicinfobanjir.water.gov.myater.gov.my  hanya satu stesen iaitu Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1) mencatatkan paras waspada. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan